Historiografi Ideologi Moden Barat: Suatu Pengenalan

A Historiography of Modern Western Ideology: An Introduction

  • Muhammad Nasron Yaacob Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
Keywords: Historiografi; Ideologi Moden; Barat; Pengenalan

Abstract

Kajian ini menerangkan tentang kelahiran ideologi moden dari aspek historiografi, dan faktor penguasaan dunia oleh Barat dengan ideologi moden tersebut. Kehadiran ideologi moden ke dalam dunia umat Islam telah menjadi suatu bahaya yang mengancam akidah kepada umat Islam. Penjelasan ilmiah tentang hal ini perlu diwacanakan kepada umat Islam dan masyarakat umum agar status sebenar sejarah ideologi moden dan ancamannya dapat difahami secara jelas. Objekif kajian ini ialah membentangkan sejarah kemunculan ideologi moden di Barat dan penjelasan tentang situasi sebenar faktor kemunculannya. Dari sini, umat Islam seharusnya mendapatkan persepsi yang jelas terhadap realiti ideologi moden Barat ini. Metodologi penulisan kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap data dan fakta yang diperolehi daripada buku-buku dan dokumen yang berkaitan sejarah pemikiran Barat dan ideologi moden. Data lebih fokus kepada situasi peralihan persepsi masyarakat Barat daripada persepsi beragama kepada sekular, seterusnya pengaruh peralihannya ke dunia pemikiran umat Islam. Kajian menunjukkan ideologi moden yang menjadi anutan masyarakat Barat adalah suatu fahaman yang berasaskan sikap permusuhan dan kekecewaan terhadap gereja dan agama Kristian sehingga menghukumkan semua agama termasuk Islam adalah mempunyai standard kejumudan yang setaraf. Adaptasi ideologi moden Barat kepada masyarakat Islam adalah suatu yang tidak wajar kerana Islam tidak pernah merekodkan jenayah pemikiran yang buruk kepada umat Islam sebagaimana rekod buruk gereja dan Kristian kepada masyarakat Barat.

 

Abstract

This study describes the birth of modern ideology from the aspect of historiography, and the factors of world domination by the West with such modern ideology. The presence of modern ideology into the world of Muslims has become a danger that threatens the faith of Muslims. Scientific explanations on this need to be discussed to Muslims and the general public so that the true status of modern ideology’s history and its threats can be clearly understood. The objective of this study is to present the history of the emergence of modern ideology in the West and an explanation of the actual situation of its emerging factors. From here, Muslims should get a clear perception of the reality of this modern Western ideology. The methodology of writing this study uses the method of content analysis of data and facts obtained from books and documents related to the history of Western thought and modern ideology. The data is more focused on the situation of the transition of perceptions of Western society than the religious perceptions of the secular, hence the influence of its transition to the world of Muslim thought. Studies show that modern ideology which is the creed of Western society is an ideology based on the attitude of hostility and frustration towards the church and Christianity to the point of condemning all religions including Islam to have equal standards of existence. The adaptation of modern Western ideology to the Muslim community is inappropriate because Islam has never recorded a crime of bad thinking towards Muslims as the bad record of the church and Christianity to the Western society.

Published
2021-04-30
How to Cite
Nasron Yaacob, M. (2021). Historiografi Ideologi Moden Barat: Suatu Pengenalan. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 4(1), 38-52. Retrieved from http://103.101.244.124/journal/index.php/insaniah/article/view/124
Section
Articles