Analysis of Purpose, Skills and Motivation of Using the Internet among SME Entrepreneurs

  • Faradillah Iqmar Omar
Keywords: Internet applications, goals, skills, motivation, entrepreneurs

Abstract

The Internet as the main communication medium is used by society today. The various applications and uses of the Internet have made a huge impact in social, economic, political, educational and business aspects. Specifically, this article focuses on the use of the Internet and its relevance to business. The Internet is believed to have the ability to be the best business platform today when fully utilized. The existence of online entrepreneurs today is very encouraging. This phenomenon is vital as it has became the economic catalyst in the era of Industrial Revolution 4.0. The objective of the study is to identify the patterns of Internet usage which includes aspects of purpose, skills and motivation. A quantitative method approach was used in this study by distributing questionnaires to 500 respondents from among SME entrepreneurs aged 18 to 60 years. Two survey methods were conducted, namely through face-to-face surveys at several entrepreneurship seminars and online by using Google Form software. The selection of respondents were those who met the criteria of SME entrepreneurs as set by the SME Corps which involves entrepreneurs around the Klang Valley. Data were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 22. Results show that Internet applications that facilitate entrepreneurs to communicate with customers to conduct business also encourage them to use the Internet in business. Additionally, 41 percent of entrepreneurs regularly use the Internet to find entrepreneurial information. Entrepreneurs also have a high level of motivation in using the Internet to communicate with their customers.

ABSTRAK

Internet sebagai media komunikasi utama digunakan oleh masyarakat hari ini. Pelbagai aplikasi dan kegunaan Internet telah memberi impak yang besar dalam urusan kehidupan merangkumi aspek sosial, ekonomi, politik, pendidikan dan perniagaan. Secara spesifik, artikel ini memfokuskan kegunaan Internet dan perkaitannya dengan perniagaan. Internet dipercayai mempunyai keupayaan untuk dijadikan platform terbaik perniagaan masa kini sekiranya dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Kewujudan usahawan dalam talian pada hari ini amat memberangsangkan. Fenomena ini merupakan perkara penting yang menjadi pemangkin ekonomi dalam era Revolusi Industri 4.0. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti corak penggunaan Internet yang merangkumi aspek tujuan, kemahiran dan motivasi menggunakannya. Pendekatan kaedah kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 500 responden dari kalangan usahawan yang berumur 18 hingga 60 tahun. Dua kaedah tinjauan telah dilakukan iaitu melalui tinjauan bersemuka di beberapa seminar usahawan dan secara dalam talian iaitu dengan menggunakan perisian Google Form. Pemilihan responden juga telah dikenal pasti iaitu mereka yang memenuhi kriteria usahawan PKS seperti yang ditetapkan oleh SME Corps dan ini melibatkan usahawan di sekitar Lembah Klang. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22. Hasil kajian deskriptif mendapati aplikasi Internet yang memudahkan usahawan berhubung dengan pelanggan untuk menjalankan urusan perniagaan turut mendorong usahawan menggunakan Internet dalam perniagaan. Selain itu, sebanyak 41 peratus usahawan kerap menggunakan Internet untuk mencari maklumat keusahawanan. Usahawan juga mempunyai tahap motivasi yang tinggi dalam menggunakan Internet bagi urusan berhubung dengan pelanggan mereka.

Published
2021-10-31
How to Cite
Omar, F. I. (2021). Analysis of Purpose, Skills and Motivation of Using the Internet among SME Entrepreneurs. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 4(2), 101-113. Retrieved from http://103.101.244.124/journal/index.php/insaniah/article/view/166
Section
Articles