Kemiskinan Jiwa: Kajian terhadap Tahap Pengisian Jiwa Semasa Pandemik
Abstract
Manusia dibekalkan dengan unsur rohani, jasmani dan intelektual dalam mengendalikan tugasnya sebaga hamba Allah. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai masalah yang dikaitkan dengan isu kemiskinan jiwa yang mana ia berpunca daripada kegagalan mengendalikan hawa nafsu dalam kehidupan seharian. Kemiskinan jiwa menjadikan pelbagai masalah yang timbul, contohnya tekanan (depresi) dan kemurungan yang serius. Ia melanda masyarakat hari ini terutama apabila krisis pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara. Maka, artikel ini bertujuan mengenal pasti aspek yang perlu diambil kira untuk mengelakkan kemiskinan jiwa. Ia juga bertujuan mengupas mengenai tahap amalan pengisian jiwa di kalangan masyarakat Islam sebelum dan dalam tempoh menghadapi isu terkini iaitu COVID-19. Kaedah yang diguna pakai dalam kajian ini adalah pengumpulan data iaitu kajian kepustakaan dan soal selidik kepada 195 masyarakat Malaysia yang terdiri dari beberapa kawasan. Kajian ini menggunakan kaedah kenormalan (Normality Test) dengan menggunakan SPSS 23.0. Hasil kajian mendapati bahawa tahap amalan pengisian jiwa lebih tinggi dilakukan ketika berlaku krisis COVID-19. Beberapa elemen yang boleh diambil untuk mengelak daripada berlaku kemiskinan jiwa adalah melalui amalan keagamaan dan nilai baik yang ada pada setiap individu Muslim. Elemen ini mampu menangani dari berlaku kemiskinan jiwa di kalangan masyarakat seterusnya membantu ke arah kesejahteraan jiwa dalam menghadapi kesusahan di hari mendatang.
Copyright (c) 2021 International Online Journal of Language, Communication, and Humanities
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
It is the author's responsibility to ensure that his or her submitted work does not infringe any existing copyright. Furthermore, the author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of a manuscript. This journal does not allow the author(s) to hold the copyright without restrictions or retain publishing rights without restrictions.
Papers are accepted on the understanding that they have not been and will not be published elsewhere. On the decision of the editors, authorities in the relevant field will review the papers blindly. The editors have the final decision on publication. Papers on acceptance become the copyright of UMK Publisher. To assist publication, authors will be requested to submit a copy in Microsoft Word format of their final manuscript. The journal will be published in online.