Kepimpinan Autentik Guru Besar: Satu Analisis Pengesahan Faktor

  • Mohammad Zainuddin Mat Zaid SK Beladau Kolam, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Pang Lai Chaw SK Tengku Mahmud 2, Besut, Terengganu
  • Mat Rahimi Yusof Universiti Utara Malaysia
Keywords: kepimpinan autentik; kepimpinan guru besar; gaya kepimpinan; kepimpinan moden; sekolah rendah

Abstract

Kepimpinan autentik merupakan salah satu bidang yang dibahas dalam literatur kepemimpinan moden sejak kebelakangan ini oleh penyelidik dan pengamal. Justeru itu, kajian kuantitatif secara tinjauan rentasan ini adalah bertujuan untuk mengesahkan dimensi kepimpinan autentik di sekolah rendah di daerah Kuala Nerus, Terengganu. Bagi mengumpul data kajian, soal selidik kepimpinan autentik diadaptasi daripada instrumen Authentic Leadership Questionnaire (ALQ) diedarkan secara dalam talian kepada 289 orang guru yang dipilih secara rawak melalui teknik pensampelan rawak berlapis. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, statistik inferensi dan Model Persamaan Struktur (SEM) berbantukan perisian AMOS. Hasil dapatan CFA menunjukkan tiga dimensi  dan 10 tingkah laku dalam kepimpinan autentik diterima  dan disahkan. Selain itu, hasil dapatan kajian menunjukkan kempat-empat dimensi kepimpinan autentik berada pada tahap sederhana. Akhir sekali, kajian ini berjaya membangunkan model pengukuran kepimpinan autentik. Diharapkan kajian ini dapat menyumbang kepada kemajuan amalan gaya kepimpinan guru besar yang supaya memberi kepuasan kerja yang optimum kepada para guru di sekolah rendah di daerah Kuala Nerus dan seterusnya dijadikan panduan kepada pihak KPM dan IAB dalam usaha melahirkan guru besar atau pengetua yang berkualiti tinggi dan disegani oleh semua lapisan masyarakat.

Published
2022-05-31
How to Cite
Mat Zaid, M. Z., Chaw, P. L., & Yusof, M. R. (2022). Kepimpinan Autentik Guru Besar: Satu Analisis Pengesahan Faktor. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 71-86. Retrieved from http://103.101.244.124/journal/index.php/insaniah/article/view/217