The Role of Parents and Teachers in Shaping the Development of Students in Secondary Schools

  • Nor Anisah Abd Razak Universiti Utara Malaysia
  • Mohamad Khairi Haji Othman Universiti Utara Malaysia
Keywords: Roles; teachers; parents; descipleship students; secondary school.

Abstract

Kehidupan remaja zaman kini dapat menyaksikan akhlak semakin direndahkan dalam pembentukan jati diri. Pelbagai perkara-perkara negatif telah mempengaruhi pemikiran remaja sehingga pembentukan diri sukar untuk dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti peranan ibu bapa dan guru dalam membentuk kemenjadian murid di sekolah menengah khususnya dalam aspek as-syaja’ah, al-iffah dan al-hikmah. Kaedah kajian tinjauan deskriptif secara kualitatif kajian kes telah dijalankan di salah sebuah sekolah menengah harian. Beberapa orang peserta kajian yang terdiri daripada pentadbir, guru dan ibu bapa pelajar terlibat dalam sesi temubual yang dijalankan. Kajian mendapati masalah yang dihadapi oleh Ibu bapa dan guru ialah faktor teknologi dan faktor kekeluargaan. Kesimpulannya, masalah dan cabaran yang telah dikemukakan dalam kajian ini amat penting untuk pembentukan kemenjadian murid supaya golongan ini dapat menjadi pemimpin yang bertanggungjawab pada masa akan datang.

Published
2022-05-31
How to Cite
Abd Razak, N. A., & Haji Othman, M. K. (2022). The Role of Parents and Teachers in Shaping the Development of Students in Secondary Schools. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 100-111. Retrieved from http://103.101.244.124/journal/index.php/insaniah/article/view/220