Kaedah Komunikasi Terapeutik Pegawai Khidmat Nasihat Keluarga dalam Konflik Nafkah Perkahwinan di Pantai Timur Malaysia
Abstract
Kaedah Komunikasi Terapeutik dalam kalangan Pegawai Khidmat Nasihat Keluarga di Bahagian Undang-undang Keluarga di Jabatan Agama Islam di Pantai Timur Malaysia yang berkesan akan dapat menarik minat pasangan yang mengalami konflik rumah tangga yang disebut sebagai klien terhadap perkhidmatan mereka. Komunikasi Terapeutik Pegawai Khidmat Nasihat Keluarga merupakan satu proses interaksi bersemuka dalam bentuk membimbing, menolong dan membantu antara dua pihak. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara lapangan dan perpustakaan. Data kajian lapangan dikutip dengan menggunakan kaedah pemerhatian ikut serta dan menemu bual informan yang telah dipilih secara bertujuan (purposive sampling) yang mempunyai 5 kumpulan dengan melibatkan seramai 28 informan di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Teknik temubual yang digunakan oleh penyelidik ialah teknik temubual semi berstruktur. Sumber-sumber sekunder seperti kertas kerja, artikal, buku dan kajian ilmiah yang dirujuk bagi memantapkan kajian. Data kajian ini dianalisis secara teknik tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa komunikasi terapeutik melalui pendekatan kaunseling Islam al-Ghazali dan REBT yang popular diamalkan masa kini dilihat amat sesuai untuk menangani masalah kerohanian pasangan suami dan isteri apabila menyentuh aspek konflik nafkah. Kajian ini mendapati bahawa perkhidmatan runding cara dan psikologi mampu memberi penyembuhan ke atas tekanan emosi yang dialami oleh pasangan suami isteri akibat konflik rumah tangga. Di samping itu, dapatan kajian menyedia input relevan yang boleh dijadikan panduan untuk dasar kerajaan yang disasarkan untuk meningkatkan kriteria sebuah keluarga yang sejahtera.
Copyright (c) 2023 International Online Journal of Language, Communication, and Humanities
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
It is the author's responsibility to ensure that his or her submitted work does not infringe any existing copyright. Furthermore, the author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of a manuscript. This journal does not allow the author(s) to hold the copyright without restrictions or retain publishing rights without restrictions.
Papers are accepted on the understanding that they have not been and will not be published elsewhere. On the decision of the editors, authorities in the relevant field will review the papers blindly. The editors have the final decision on publication. Papers on acceptance become the copyright of UMK Publisher. To assist publication, authors will be requested to submit a copy in Microsoft Word format of their final manuscript. The journal will be published in online.