Konsep Hakimiyyah dan Pengaruhnya Terhadap Gerakan Terorisme Dalam Kalangan Muslim

The Concept of Hakimiyyah and Its Influence on Terrorism Movement Among Muslims

  • Wan Ji Bin Wan Hussin Universiti Malaysia Kelantan
  • Burhan Bin Che Daud Universiti Malaysia Kelantan
Keywords: Hakimiyyah, Terorisme, Salafiyyah, Syed Qutb

Abstract

Gerakan terorisme berlaku dalam kalangan Muslim dan bukan Muslim. Gerakan terorisme dalam kalangan Muslim wujud dengan pelbagai nama seperti Boko Haram, Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) dan sebagainya. Terdapat kajian yang merumuskan bahawa gerakan terorisme dalam kalangan Muslim berkait rapat dengan pemikiran Salafiyyah kerana gerakan tersebut didokong oleh beberapa orang tokoh teroris yang mengangkat fikrah Salafiyyah. Pihak lain pula menyimpulkan terdapat perkaitan antara terorisme dengan pemikiran gerakan Ikhwan Muslimin dengan mengaitkan kepada seorang idealog Ikhwan Muslimin yang mengangkat konsep Hakimiyyah dalam wacana Syed Qutb. Pada masa yang sama, ramai tokoh teroris kontemporari mengungkapkan pentafsiran Syed Qutb dalam memberi huraian yang berkaitan dengan Hakimiyyah menjadi asas terhadap kepercayaan dan pegangan mereka yang baharu. Menggunakan pendekatan kajian turath yang merangkumi kaedah istiqra’, istinbat, istirdadi dan jadali, penulisan ini dipersembahkan dengan dikemukakan perbahasan berkenaan kaitan gerakan terorisme dengan pentafsiran teks Islam, perkaitan antara tafsiran konsep Hakimiyyah dalam kalangan teroris dan kritikan terhadap pentafsiran Hakimiyyah dalam versi terorisme serta perbahasannya. Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati pentafsiran kelompok teroris terhadap konsep hakimiyyah tidak memenuhi tahap piawaian pentafsiran yang muktabar yang disepakati oleh para ulama silam dan kontemporari. Tambahan pula, implikasi daripada pentafsiran tersebut menatijahkan perlakuan yang bercanggah dengan matlamat wahyu dan maqasid syariah dalam agama Islam.

Published
2024-07-11
How to Cite
Wan Hussin, W. J., & Che Daud, B. (2024). Konsep Hakimiyyah dan Pengaruhnya Terhadap Gerakan Terorisme Dalam Kalangan Muslim. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 7(1), 68 - 82. https://doi.org/10.47254/insaniah.v7i1.256
Section
Articles