Pendidikan Al-Quran Menurut Perspektif Ibnu Sahnun (m.875M/256H)

Al-Quran Education According to the Perspective of Ibnu Sahnun (d.875M/256H)

  • Shahnun Haji Musa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
  • Burhan Che Daud Universiti Malaysia Kelantan
Keywords: Pendidikan al-Quran; holistik; integratif; Ibnu Sahnun; Kitab Adab al-Mu’allimin

Abstract

Pendidikan al-Quran adalah satu usaha mulia dan meliputi pelbagai aspek yang tidak terhenti kepada pembelajaran bacaan dan hafalan semata-mata. Usaha ini melibatkan pengajaran dan pembelajaran bacaan yang sahih, pemahaman yang mendalam dan hafalan ayat, memupuk pertumbuhan kerohanian dan seterusnya membimbing aplikasi praktikal dalam kehidupan seharian. Penulisan ini bertujuan menganalisis konsep dan aplikasi pendidikan al-Quran menurut perspektif Ibnu Sahnun (m.875M/256H) dalam karya Adab al-Mu’allimin. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa konsep dan aplikasi pendidikan al-Quran yang digagaskan serta dilaksanakan oleh Ibn Sahnun adalah secara holistik dan integratif berdasarkan sumber-sumber hadis dan al-athar. Dapatan kajian ini boleh dimanfaatkan dan dijadikan panduan kepada para pengusaha sekolah dan kelas tahfiz, pendidik dan guru al-Quran, ibu bapa dan murid-murid pencinta al-Quran dalam melaksanakan kewajipan pengajaran dan pembelajaran al-Quran serta implikasinya dalam membina generasi al-Quran yang kalis masa depan.

Published
2024-10-30
How to Cite
Haji Musa, S., & Che Daud, B. (2024). Pendidikan Al-Quran Menurut Perspektif Ibnu Sahnun (m.875M/256H). International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 7(2), 55 - 66. https://doi.org/10.47254/insaniah.v7i2.296
Section
Articles