Tahap Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Keusahawanan dan Kemenjadian Pelajar Bahasa Arab di Universiti Awam Pantai Timur
Abstract
Kajian ini menganalisis tahap kemahiran komunikasi, kemahiran keusahawanan dan kemenjadian pelajar bahasa Arab di universiti awam pantai timur Malaysia, khususnya di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk tinjauan, kajian ini melibatkan 293 responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mencapai tahap yang memberangsangkan dalam kemahiran komunikasi bahasa Arab, dengan kemahiran membaca mencatatkan min tertinggi (M=3.70), diikuti kemahiran menulis (M=3.69) dan kemahiran membaca Al-Quran dengan kefahaman (M=3.68). Dalam aspek kemahiran keusahawanan, pelajar menunjukkan kecekapan dalam mengenal pasti peluang perniagaan (M=3.19) dan mengekalkan motivasi dalam konteks perniagaan Arab (M=3.17). Bagi kemenjadian pelajar, pemahaman konsep keusahawanan dalam bahasa Arab mencatatkan pencapaian tertinggi (M=3.74), diikuti dengan pembangunan rangkaian profesional (M=3.66) dan keyakinan dalam mengaplikasikan kemahiran bahasa Arab dalam konteks kerjaya. Walau bagaimanapun, beberapa aspek seperti pemahaman dialek Arab yang berbeza dan kemahiran menulis laporan perniagaan masih memerlukan penambahbaikan.
Copyright (c) 2025 International Online Journal of Language, Communication, and Humanities

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.
It is the author's responsibility to ensure that his or her submitted work does not infringe any existing copyright. Furthermore, the author indemnifies the editors and publisher against any breach of such a warranty. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of a manuscript. This journal does not allow the author(s) to hold the copyright without restrictions or retain publishing rights without restrictions.
Papers are accepted on the understanding that they have not been and will not be published elsewhere. On the decision of the editors, authorities in the relevant field will review the papers blindly. The editors have the final decision on publication. Papers on acceptance become the copyright of UMK Publisher. To assist publication, authors will be requested to submit a copy in Microsoft Word format of their final manuscript. The journal will be published in online.