Pengaruh Dialek Dalam Komunikasi Terhadap Tahap Keyakinan Diri Pelajar Sekolah Menengah Di Kota Bharu, Kelantan

The Influence Of Dialects In Communication On The Level Of Confidence Of Secondary Students In Kota Bharu, Kelantan

  • Adlin Syafini Universiti Malaysia Kelantan
  • Zaleha Embong Universiti Malaysia Kelantan
Keywords: Bahasa Melayu; dialek Kelantan; kemahiran komunikasi; tahap keyakinan diri; pelajar sekolah menengah

Abstract

Kelantan sebuah negeri yang mempunyai dialek yang unik dan masyarakatnya mempunyai identiti ketimuran yang tinggi. Masyarakatnya menggunakan dialek Kelantan dalam komunikasi harian. Hal ini menyebabkan masyarakat Kelantan mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan betul. Selain itu, penggunaan dialek yang pekat juga mendedahkan para pelajar sekolah kepada masalah dalam membezakan antara bahasa Melayu dengan dialek tempatan. Terdapat kajian yang menyatakan penggunaan dialek menyebabkan golongan pelajar ini mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah semasa proses pembelajaran dalam kelas. Hal ini juga terjadi kesan daripada proses pengajaran guru yang mengutamakan dialek tempatan semasa mengajar di dalam kelas. Maka, artikel ini bertujuan meneliti penggunaan dialek dalam proses pembelajaran di dalam kelas dan pengaruh dialek dalam mempengaruhi tahap keyakinan diri pelajar sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian tidak turut serta ke atas 21 orang pelajar sekolah menengah. Kaedah temu bual digunakan untuk meneliti penggunaan dialek dalam kelas dan pengaruh dialek dalam keyakinan diri pelajar. Manakala, kaedah pemerhatian dilakukan untuk melihat gerak-geri dan emosi pelajar sepanjang kajian lapangan. Hasil dapatan mendapati dialek bukan faktor utama yang mempengaruhi tahap keyakinan diri pelajar sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini turut membincangkan tentang kepentingan mengukuhkan kemahiran komunikasi berkesan dan menguasai bahasa Melayu. 

ABSTRACT

Kelantan is a state with a unique dialect and its people are equipped with very high levels of southern identity. Owing to the Kelantaneses’ frequent use of the Kelantan dialect in their daily communication, this has led to them having difficulties communicating in languages other than in the Kelantan dialect.Additionally , this extreme dialect usage also exposes  students to  problems of distinguishing the Malay language with the local dialect. Studies have shown that the dialect usage caused students to have low confidence level during classroom learning processes. It is also due to  teachers’ emphasizing the local dialect in the classroom. Therefore, this article aims to examine the dialect usage during the learning process in the classroom and the impact of dialects in influencing the level of confidence of secondary school students in Kota Bharu, Kelantan. This study used qualitative methods on 21 secondary students, which included in-depth interviews and non-participant observations. In-depth interview methods was used to examine the dialect usage in the classroom and the impact of dialects on students' confidence levelwhile, non-participant observation method was used to observe the student’s body language and change of emotions throughout the field study. Findings show that dialects are not a major factor affecting secondary school student’s confidence levels in Kota Bharu, Kelantan. This paper also discusses on the importance of strengthening the effective communication skills and mastering the Malay language.

Keywords: Malay language; Kelantan dialect; communication skills; confidence level; secondary school students

Published
2020-04-30
How to Cite
Syafini, A., & Embong, Z. (2020). Pengaruh Dialek Dalam Komunikasi Terhadap Tahap Keyakinan Diri Pelajar Sekolah Menengah Di Kota Bharu, Kelantan. International Online Journal of Language, Communication, and Humanities, 3(1), 26-40. Retrieved from http://103.101.244.124/journal/index.php/insaniah/article/view/77
Section
Articles